Pages

Wednesday, January 19, 2011

Rahsia Memotong Kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Rahsia Warna Untuk Kesihatan



Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut.

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan Berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan


Tuesday, January 18, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Assalamualaikum!...arini mood agama sikit...jom!

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, January 6, 2011

KELANTAN oh KELANTAN

Nasi ayam dgn tea o panas...huh..sedap btol makan time sejuk ni..dengan perut lapar gila xmkn seharian...sedang2 aku makan tadi..teringat aku dgn satu peribahasa ni..'jauh perjalanan luas pengalaman'...yup..study di negeri org ni mmg penuh dgn dugaan dan juga keseronokan..jauh dari rumah mengajar aku erti berdikari..mcmana nk survive dlm hidup..hehe..mcm apa je..apa yg aku mksudkan dgn jauh perjalanan luas pengalaman..before tu ni mcm peribahasa yg aku reka je..xpe..xkisah la..yg aku maksudkan..kalau mcm kat Pahang..tempat aku.aku xpernah lagi berhadapan dgn situasi banjir ni..paling2 pun tgk dlm tv je..so,skrg dah merantau ke kelantan ni..dapat la merasa kena banjir..eh,,ok apa..at least ada pengalaman..dapat juga aku tau apa nk buat kalau rumah kena banjir..haa..mcm korg yg xpernah berhadapan dgn banjir ni..kalau tbe2 rumah korg banjir..mau x cemas..apa kena buat..dan barang2 semua hanyut dulu agaknya..kan..hehe...hujan dah sehari xstop nk masuk dua hari dah..sikit lagi kolej aku tenggelam..punya syok kalau dapat cuti...haha..sape xnk cuti wey..free2 plak kan..gmbar atas tu area rumah sewa aku..habis tenggelam dah...sikit lagi for sure masuk rumah..aku kira untung la..area rumah aku ni agak tggi dari area lain so air tu lambat nk naik..
                                                                        
 




Yang ni gambar kaki sape ntah..yg pasti mamat ni mmg hensem..hahaha...saje nk snap..nk tunjuk garaj kete rumah sewa aku dah paras tu la..sikit je lagi kan..nak masuk rumah...aktiviti mlm ni..kalau masih hujan..for sure tdo..esok cuti..kita tdo sampai petang..oh,xboleh kot..ada yg marah nnt..haha..ala..kisah apa..nk tdo jgk..hehe...ok la..nnt kalau air masuk paras rumah..aku snap lagi pic ok..dah2..aku nk mandi dah maghrib..ada yg ingtkan suruh baca yassin td..bgusnya dia..hehe..ok..salam...

Wednesday, January 5, 2011

Saka,jin dan masyarakat

Kenapa xbagi banjir je kelantan?boleh aku sambung cuti lagi kat rumah..jujurnya,xpuas cuti sem baru2 ni..masa lalu cepat sgt..tolongla..kalau nk hujan..biar bagi banjir ok.hehe..

Kalau nk faham dari tajuk post ni..ramai yg akan ckp..xlain xbukan..hantu,penunggu dan yg seumpama..x.bukan tu yg aku mksudkan...kita pergi slow2 yaa...saka dan jin ni mmg familiar bagi org2 lama..kenapa?..sebab mostly org2 lama kita akan ada saka dan jin..kebanyakannya yg ddk di kelantan dan belah2 utara..ini kenyataan..kenapa mesti kelantan dan negeri2 di utara..ok..cmni..

     Jin dan saka ni perkara yg berkait..jin itulah saka..dan saka itulah jin..jin nama sebenar makhluk tu..saka tu gelaran kita terhadap seseorg..contohnya..ok,pkcik samad tu ada bela saka...saka tu jin la...tp mmg nenek moyang dah panggil saka sejak dari dulu..mgkin ada sebab kenapa..ini apa yg aku dapat..jin terbahagi kepada dua..yg islam dan bukan islam..bukan islam merujuk kepada lain2 la..mcm..dari siam..borneo..indonesia dan bermacam2 bgsa...pernah ada org ajukan soalan kat kenalan aku yg mempunyai saka..macam mana dia dapat??ok...saka atau jin ni dpt kita miliki melalui dua cara...keturunan atau kita sendiri yg menuntut ilmu...

   Keturunan..kalau melalui cara ni..org yg diwasiatkan nk xnk kena la terima apa bentuk saka tu..sebab kalau korg ignorekan..akan bwk padah pada org2 lain..kalau melalui kita yg menuntut..aku xpasti dgn cara apa..tapi akan dibahagi pulak samada...mimpi..mahupun fizikal..perkara ni xboleh nk jelas pnjang2..bahaya ok..hehe..salah ke ada jin??...

  Ok..fokus...nk ada jin..atau berdamping dgn jin..xsalah as long mereka adalah golongan islam..jin2 islam amat menjaga amalan mereka dan kalau korg berdamping dgn mereka...mereka skali akan pksa korg jaga amalan korg dgn Allah..kalau korg ingkar..kena la...tp..yg jadi masalah skrg..disaat kita berdamping dgn si jin islam..akan ada jugak jin bukan islam yg dtg..cuba untuk ambil perhatian kita..kita akan ditawarkan dgn mcm2 kemudahan..berbanding dgn jin islam yg mostly kelebihan mereka boleh membantu dari segi perubatan je..so..kalau ada org tawarkan kereta wira dgn bmw...aku jamin ramai yg akan amik bmw..tp korg lupa...korg amik yg tu bermakna korg da jauh..menduakan kuasa Allah..kalau korg pernah tgk mantra...dlm cter tu mengisahkan tentang jin dari kaum jawa dan sumatera...yg lama2 punya and for sure bukan islam..tgk jela apa yg dibaca..kita pun xfaham..tp dari jin islam..segala ayat yg dibaca berlandaskan al-quran..

  Cakap pasal kelantan dan negeri utara tadi..sebab negeri tu dekat dgn siam...dan org2 kat sana sng nk dapat jin dari negara seberang..islam atau tidak...Allah je yg tau..xslah kalau kita nk ada..as long kita gunakan untuk kebaikan..tp sekali kita guna untuk jalan yg salah..payahla...so far..aku sendiri pernah ada pengalamn dalam berhadapan dgn perkara cmni..apa yg jadi..xperlu la aku ceritakan..cukup sekadar aku bgtau cmni je ok...
ganbar sekadar hiasan

Tuesday, January 4, 2011

Blog..satu keperluan?

   2011..tahun baru..sem baru..back to school..bagi yg abis spm..truskan cari pengalaman dgn kerja part-time..bagi yg da naik ke degree...ingt..korg da dlm kelas 'belajar' yg lebih tggi...usaha kena lagi kuat..untuk semua..harap tahun baru ni akan sentiasa jadi yg terbaik untuk diri kita..tadi aku tgk blog si zack tu..ala..realiti konspirasi tula..dia baru update semalam...tudiaa..punya ramai yg komen...rindu la..mcm2 la..besar penangan blog dlm jiwa remaja kita...and aku sendiri pun post cter ni guna blog...kenapa blog...mesti ada sebab2 kenapa remaja skrg gila kat blog ni....


     Bagi pandangan aku la kan...sebab utama blog ni wujud dlm jiwa remaja mestila nk menggantikan diari..tu pada dasarnya..tp dari segi lain..mcm2 guna kat blog ni..nk promote..bsness...cter tntg pengalaman..nk salurkan idea atau rasa xpuas hati..mcm2 la...xkurang jugak yg nk cari publisiti mudah..mcm Raja Petra..dia sebelum ni xla bpe nk femes sgt...tp dia boleh sound2 pasal politik dlm blog sampai masuk ISA bagai..boomm!..satu dunia tau pasal dia..HZ?aku xkenal pun minah ni before..pasal blog..dia boleh jadi pelakon lagi...bnyk lagi contoh2..korg sendiri boleh tau..aku xkenal sgt blogger2..sebab aku x main stalk2 org..just aku luahkan apa aku rasa je..


    Nak diri dikenali dan dihargai tu perkara biasa bagi kita kan..blog?jalan mudah..kena gaya dan cara yg betol..satu malaysia gila beb...biar muka hodoh pun..org tetap sanjung..haha..lawak2..blog..sebab tu ramai yg nak main blog2 ni..emmm...kan..kenapa aku ckp cmni...bukan sebab apa..just aku terfikir pasal blog ni mcm dah jadi budaya dah...rasa diri dah remaja tu..mesti nk blog2..even aku pun sama..so...apa yg aku ckp ni..tentang semua yg ada blog..keh3..

Saturday, January 1, 2011

Pergi!...jgn dtg lagi...

Assalamualaikum....yeah...pergi!..jgn dtg lagi...bila kita 'bi' kan dia..go!..dont ever come back....apa yg pergi..apa yg go...hehe..semestinya tahun 2010..tahun yg agak mencabar dlm hidup aku..bukanla mencabar sgt kalau nk dibandingkan dgn tahun..errghh time aku darjah 5...tapi still tetap ada cabaran dan dugaan yg x putus2 nk berdamping...xpe..yg dah lepas kita lupakan..kita mulakan yg baru dgn semangat yg baru..azam yg baru...lebih baik..lebih bagus dari sebelum ni..maaf,,aku x tau npe aku semangat semacam..tp semangat tu yg bgus kan..hehe...


Cerita pasal tahun baru ni...dah jadi kebiasaan bagi org kita ni..akan follow perlakuan2 mcm ni..wish2..nk berazam..nk berubah and so on la...bagi yg berkapel2 ni..xkira la L ke..P ke..betol2 ke..cinta monyet ke..apa2 la..mesti tepat pkul 12.00...(bagi yg jenis sopan2)...'hello,assalamualaikum..awk..tgh watpe?oh..main fb..btw,selamat tahun baru awk..semoga tahun ni jadi lebih baik dari sebelum..semoga berjaya dlm hidup..dapat apa yg diinginkan..jadi anak yg baik..taat pada mak ayah..'...ok tu ayat kapel yg sopan2 la konon..(yg jenis gedik mcm korg je bercinta)...'hai...syg2...mmuuaahh..haa..hepy new year tau..baby boy syg sgt kat baby girl...hope hubungan kita berkekalan kan..xsabar nk kawen...lama lagi ke b..ala...emm.malam ni free x??kita calling2 ea..'...ok..yg tu yg mcm gedik2 kan..bukan nk bagi nasihat ke peringatan ke x..nk berdrama pulak..hehe..geli2..muntah ok..xpela..hidup masing2..buatla mana yg selesa ok...jgn ganggu hidup org lain dah la..


Cakap pasal ganggu hidup org ni..tadi sebelum pkul 12 tu..aku lepak kat kedai mnum2 apa yg patut..pelayan kedai dtg..'yes..nk minum apa?'..aku ckpla..bagi air yg paling sedap sekali kat sini..dia ckp..'bang,air paling sedap ada dua je..air basuh tgn dgn air yassin'..ok!aku ckp betol2 kau nk main2 kan..last2 aku ckp..'ok,bagi air yassin ais..kurang gula..aku nk air yassin betol ok..kalau kau tipu aku ckp kat tauke kau perangai kau layan org cmni..'(bos kedai tu kira mcm abg angkat aku la..pelayan tu baru kerja hari ni..abis spm kot..ok..mula la dia..'bang,main je..sory r jgn marah..'....aku gelak..haa..main2 lagi kan kau...bagi aku tea o ice limau dah la..settle!...


Bagi pakcik dan makcik..tahun baru ni azam dyorg mesti...nak kumpul duit nak gi haji!!hehe...azam..mesti semua org pun ada azam..kan..aku pun ada azam jugak..tahun 2011..azam aku...emmm..


-aku nk tambahkan amalan kat Allah bnyk2..sebanyak yg boleh..
-aku nk solat jemaah kat masjid kecuali subuh dan zohor..
-aku xnk miss yassin tiap malam jumaat/quran after maghrib..hehe
-aku xnk pandang muka lecterer yg sakitkan perasaan aku
-aku nk kumpul duit..nak beli..kete,blackberry..(boleh ke?)haha
-aku xnk makan bnyk..nk diet..nk berat jadi 59kg at least..skrg 66kg ok..
-aku xnk layan dah kalau ada org bebel..xkisah la sape...sakit telinga!!!
-aku nk cari sape2 yg wat cter pasal aku kat kolej aku nk jahanamkan hidup dyorg plak..
-aku nk jadi laki yg bertanggungjawab pada semua..
-banyaknya..dah la tu kot..puas nk penuhi ni..hehe..


So..tu la kot azam aku...korg...ada azam x??